HARI PRESENTATION
2/1/2025 Hari ni kumpulan aku perlu lakukan presentation utk PBL 1(Project Based Learning) Emulator 8086. Sejujurnya gabra yang teramat sebabnya 2 hari sebelum patutnya kitaorg dah buat presentation. End up tak sempat. Pensyarah tangguh ke kelas kemudian. Sewaktu sesi Hari Selasa, kitaorang diasingkan di kelas lain daripada melihat kumpulan lain sedang melakukan pembentangan. Risau, takut dan segala macam sebabnya pensyarah kitaorang dah gelak sakan setiap kumpulan yang melakukan pembentangan. Aku tanya kelas A akan berapa lama presentation. Diaorang jawab around 15 min dgn En A. Aku harap begitulah juga. Sayangnya, tidak seperti yang digambarkan kerana yang akan menilai adalah En A & Dr S memandangkan kitaorang gabung kelas. End up masa pembentangan setiap kumpulan mengambil masa 30 minit. Tibalah saat kumpulan aku melakukan pembentangan. Sekiranya ada kemusykilan, pensyarah auto akan tanya. Sampailah satu saat, Dr S tanya pada kawan aku Dee "Apa maksud low ...