HARI PRESENTATION
2/1/2025
Hari ni kumpulan aku perlu lakukan presentation utk PBL 1(Project Based Learning) Emulator 8086. Sejujurnya gabra yang teramat sebabnya 2 hari sebelum patutnya kitaorg dah buat presentation. End up tak sempat. Pensyarah tangguh ke kelas kemudian. Sewaktu sesi Hari Selasa, kitaorang diasingkan di kelas lain daripada melihat kumpulan lain sedang melakukan pembentangan. Risau, takut dan segala macam sebabnya pensyarah kitaorang dah gelak sakan setiap kumpulan yang melakukan pembentangan. Aku tanya kelas A akan berapa lama presentation. Diaorang jawab around 15 min dgn En A. Aku harap begitulah juga. Sayangnya, tidak seperti yang digambarkan kerana yang akan menilai adalah En A & Dr S memandangkan kitaorang gabung kelas. End up masa pembentangan setiap kumpulan mengambil masa 30 minit.
Tibalah saat kumpulan aku melakukan pembentangan. Sekiranya ada kemusykilan, pensyarah auto akan tanya. Sampailah satu saat, Dr S tanya pada kawan aku Dee "Apa maksud low level language? " . Dee tak boleh jawab. Pass baton ke Nick. Nick pandang aku, aku pandang dia. Dr S "Hah jawab Nadi! Kalau hang tak boleh jawab, memang nak kena, " Dr S adalah pensyarah aku sementara En A, pensyarah Dee dan Nick.
Aku dah tersenyum dan gelak sambil berbelah bahagi definisi low level language samada bahasa lebih dekat dengan komputer atau manusia. "Kalau low-level dekat dengan dia(komputer) atau kita(manusia)? Hurmm... Low-level language = machine language. Machine language tu dekat dengan komputer. " jawab aku.
"Ha, nasib baik hang boleh jawab, " kata Dr S. Sebelum presentation, aku sehabis baik setting mood 'happy go lucky' supaya aku tak gabra dan stress bila berlaku sesi soal jawab walaupun end up possible utk rasa down. Energy Dr S memang aku tak boleh ikut. High-energy person. Dengar suara dia pun dah gerun. Kena bantai dengan soalan bertubi-tubi dia, lagilah penat.
Dr S tanya "Siapa main programmer? " Aku tunjuk Nick sebab most of the instruction and calculation dia yang buat. Aku lebih kepada design.
Dr S "macam mana kamu encounter masalah calculation? " Jawab Nick. Aku kadang geram dengan jawapan Nick sebab dia seorang yang lurus dan kadang jawab main-main pun boleh jadi. Silap langkah, boleh semua orang dia akan jawab dengan selamba tanpa fikir panjang. "Google"
Dr S " Ya Allah! Jujurnya kamu. Memanglag Google, tapi macam mana kamu men 'Google' tu?
Nick pun beri penjelasan cara dia approach masalah sedemikian " Guna division and multiplicattion etc..... "
"Ada berapa branching pada source code main sub project kamu? " Tanya Dr S.
Nick dan Dee dah pandang aku. Aku analisis sedikit dan terus jawab "3". Walaupun aku not really understand the question, tapi boleh la untuk agak based on understanding.
Begitulah hari presentation aku. Aku paling tabik dengan Nick sebab total hours dia men'coding' terlalu banyak. Bangun pagi, tidur malam main benda alah ni. Aku memang tension kalau kena buat seorang. Yang pasti, Nick memang akan panggil aku untuk sama-sama buat dengan dia sebab men'coding' perlukan idea dan preferences masing-masing. Dia tanya pendapat aku, aku tanya pendapat dia untuk tugasan bahagian masing-masing.
Comments
Post a Comment