Cinta

Aku rasa tertarik untuk berkongsi akan topik ini. Baru-baru ni, aku termasuk ke laman sosial tik tok Ustaz Hanan Attaki. Tetiba muncul beberapa podcast ustaz tentang ini. Dan aku dengar sampai habis. Dua kisah yang menarik. Kisah bagaimana Rasulullah itu meraikan perasaan cinta yang ada pada manusia. 

Ustaz sebut tentang orang Islam itu dia meninggalkan perkara yang tidak berfaedah baginya. Namun begitu, kita boleh lihat dari kisah di bawah akan bagaimana Rasulullah turut bersimpati dengan orang yang ada perasaan 'cinta'.

“عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ :”مِنْ حُسْنِ إسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ”.

(حديث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا)

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu‘anhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam: “Di antara keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya. (Hadits hasan diriwayatka oleh Tirmizi dan lainnya)

Pada zaman Rasulullah, ada seorang sahabat, nama Mughits dan sahabiyah, Barirah. Mereka ni pasangan suami-isteri yang bercerai. Namun begitu, Mughits ini masih sayangkan Barirah sehinggakan dia akan mengekori Barirah dari belakang, walaupun mereka bukanlah lagi suami isteri. Sehinggakan, menitis air mata dia sebab masih sayang akan Barirah. Lalu, Rasulullah SAW tahu akan ini, Rasulullah ber'empati' akan keadaan Mughits. Rasulullah pun tanyalah kepada Barirah, sekiranya Barirah mahu kembali bersama Mughits. Barirah menjawab, dia tidak mahu kembali kepada Barirah. Di sini kita dapat melihat bagaimana kisah Mughits yang bertepuk sebelah tangan, tetapi Rasulullah SAW mengambil tahu akan perasan yang menyelubungi Mughits. Perlu faham, konteks melihat pada ajnabi itu dalam keadan sempurna auratnya. Maka, sekiranya kita suka pada ajnabi yang tidak sempurna auratnya, berhati-hatilah.


Saat aku mendengar kisah ini, aku menitiskan air mata. Nak kata sedih pun tidak, nak kata seronok pun tidak. Aku tak tahu kenapa, tetapi aku rasa hebatnya Rasulullah masih meraikan manusia yang mempunyai perasaan 'cinta'. 

Aku suatu ketika dahulu pernah menafikan perasaan 'cinta'. Aku sangat anti golongan yang 'couple'. Tapi over the time, bila aku keluar dari alam sekolah, aku belajar 'couple' itu memang haram, tetapi cinta itu, kita harus belajar untuk menguruskan perasaan itu. 

Aku suatu ketika dahulu pernah suka seseorang di bangku sekolah rendah. Aku pendam perasaan suka. Dia bukanlah rakan sebaya, tetapi senior yang agak jauh umurnya. Setahun aku simpan perasaan tanpa memberi tahu sesiapa, termasuk kawan aku yang turut sama suka senior itu. Perkara ini aku simpan baik-baik. Namun perkara ini, keluarga aku tahu. Perkara ini sampai ke telinga ibu senior itu. Ibunya sekadar cakap  'budak-budak kalau suka memang jujur. Kalau yang besar-besar ni akan simpan je'. Perasaan itu berhenti setakat itu, tetapi meninggalkan kesan yang dalam. Kalau ditanya kenapa suka, aku tiada jawapan. Sekiranya kerana akhlak dan suara, aku tidak pernah lihat akhlaknya mahupun dengar suaranya. Hanya memerhati dari jauh. Saban tahun, 'perasaan itu menjadi memori yang lama dalam hati dan minda aku'.

Setahun selepas itu, 'dia' keluar menyambung sekolah menengah. Aku masih dibangku sekolah rendah. Sepanjang tempoh sekolah rendah, aku tidak ada suka pada sesiapa. Lagipun aku sekolah agama. Kelas aku asing lelaki dan perempuan menyebabkan aku malu sekiranya berhadapan dengan orang lelaki. Sewaktu tahun 6, baru aku gabung kelas disebabkan fokus UPSR. Walaupun gabung, aku tidaklah berkenan untuk bergurau mahupun sembang dengan ajnabi. 

Sehinggalah aku sekolah menengah, aku sekolah di sekolah yang sama dengan 'dia'. Semestinya 'dia' senior aku. Sekolah menengah pun aku sekadar tahu kewujudannya. Aku boleh sangkakan perasaan itu tidak kuat dek kesibukan di zaman sekolah memang dahsyat sebab aku ada Al-Qur'an dan akademik yang perlu diseimbangkan. Nak jaga hafalan, kena jaga segala perihal. Pelajar lelaki dan perempuan di sekolah aku diasingkan. Hanya akan berjumpa pelajar lelaki sekiranya ada perhimpunan ataupun ceramah besar-besaran. Sekali-sekala sahaja ternampak. Aku bukanlah seorang yang keluar dari kawasan perempuan di awal tingkatan satu. Tingkatan tiga baru aku keluar dari kawasan selesa aku dek urusan bengkel dan sebagainya. Sewaktu tingkatan empat baru ada kelas gabung lelaki dan perempuan disebabkan aliran subjek yang diambil. Bilangan pelajar sekolah aku sedikit. Tidak seperti bilangan pelajar sekolah aliran perdana. Masa aku banyak dihabiskan di kelas dan asrama, dalam erti kata mudah bangunan yang sama. Rehat pagi pun tidak keluar. Maka, possibility untuk jumpa pelajar lelaki sangatlah tipis untuk aku. Perasaan itu aku sangkakan pudar semakin lama. Sebaik sahaja aku menapak keluar alam sekolah menengah, aku sering kali bertemu dengan dia secara tidak langsung. Aku dan dia bukanlah di IPT yang sama, tetapi sekiranya ada program kesukarelawan, aku akan jumpa 'dia' sekiranya 'dia' terlibat. Aku sangkakan perasaan itu terkubur lama. Tipulah kalau aku kata aku tak cuba untuk suka orang lain. Ada sahaja pelajar lelaki batch aku yang ada rupa malah baik akhlaknya. Tapi, tak menjadi aku rasa. Hahaha... Malah, bila aku masuk IPT, lagi ramai segak dan lengkap segala macam.

Tapi satu sahaja aku tak jumpa pada lelaki lain bilamana aku masuk IPT, aku tidak jumpa lelaki yang ada agama. Bukan yang belajar agama. Tetapi mengamalkan kehidupan Islam dalam hidupnya. Circle aku majoriti lelaki disebabkan oleh course yang aku ambil. Memang perangai diorang boleh compare dengan pelajar lelaki sekolah aku dahulu, jauh bezanya. Kalau nak jumpa orang yang beragama, pergilah masjid. Mereka adalah golongan yang cuba untuk menjadi terbaik. Tak kisah lelaki ke perempuan. Tambahan lagi, aku bukanlah menyambung pengajian agama walaupun aku dahulunya sekolah agama. Aku sambung bidang akademik lain. 

Berbalik pada kisah aku, saat melangkah masuk IPT dan aku berselisih semula, barulah aku tahu, perasaan itu tidak pernah padam. Malah menjadi memori sehingga hari ini. Aku hanya mampu berdoa agar apabila tiba waktunya, Allah hilangkan perasaan ini andai perasaan ini tidak memberi manfaat kepada aku sebagai hamba kepada Rabb aku malah menjauhkan aku daripada Rabb aku'.

Comments

Popular posts from this blog

Semoga hilang

HARI PRESENTATION