Bersih
Kini, 2 tahun sudah aku melangkah masuk ke dunia IPT. Sungguh, dunia ini bukanlah tempat berehat. Dunia ini hanya persinggahan sementara. Aku sekadar mampu berdoa agar Allah beri aku kesabaran dan kekuatan untuk aku berhadapan dengan manusia 'roommates'. Di kampus aku, bilik asrama kebiasaannya berlima ataupun berlapan. Ramai bukan? Tetapi aku baik sahaja dek terbiasa duduk beramai-ramai di satu bilik. Zaman sekolah menengah, satu dorm memuatkan 20 orang katil double decker. Terbiasa sempit. Tetapi kami ada peraturan bilik yang mampu menyenangkan banyak pihak. Saat di kampus, Allah sahaja tahu bagaimana aku menghadapi setahun bersama roommates yang tiada common sense & selfish. Tahun kedua lagi mencabar kerana aku menetap di bilik yang dihuni tujuh orang. Bertambah keluasan, bertambahlah tanggungjawab. Aku tidak pernah tinggikan suara dengan roommates aku. Aku cuba jaga ukhwah walaupun kadang aku banyak memendam rasa. Roommates aku semuanya segak dan bersiap. Sekiranya mah...