Bersih
Kini, 2 tahun sudah aku melangkah masuk ke dunia IPT. Sungguh, dunia ini bukanlah tempat berehat. Dunia ini hanya persinggahan sementara.
Aku sekadar mampu berdoa agar Allah beri aku kesabaran dan kekuatan untuk aku berhadapan dengan manusia 'roommates'. Di kampus aku, bilik asrama kebiasaannya berlima ataupun berlapan. Ramai bukan? Tetapi aku baik sahaja dek terbiasa duduk beramai-ramai di satu bilik. Zaman sekolah menengah, satu dorm memuatkan 20 orang katil double decker. Terbiasa sempit. Tetapi kami ada peraturan bilik yang mampu menyenangkan banyak pihak.
Saat di kampus, Allah sahaja tahu bagaimana aku menghadapi setahun bersama roommates yang tiada common sense & selfish. Tahun kedua lagi mencabar kerana aku menetap di bilik yang dihuni tujuh orang. Bertambah keluasan, bertambahlah tanggungjawab. Aku tidak pernah tinggikan suara dengan roommates aku. Aku cuba jaga ukhwah walaupun kadang aku banyak memendam rasa. Roommates aku semuanya segak dan bersiap. Sekiranya mahu ke kelas, perlu bersiap sejam awal. Sementara aku, mandi dan sarung baju mengambil masa 20 minit dan kurang. Kebiasaan aku adalah tudung instant. Semester pertama, bilik kami tiada jadual tugasan bilik untuk memastikan kebersihan bilik. Maka, terserah kepada siapa yang mahu bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik. Boleh dikatakan setiap minggu, ada sahaja tugasan kebersihan yang aku perlu selesaikan demi keselesaan aku. Baik tugasan ampaian, sapu sampah, cuci tandas dan buang sampah. Bagi sapu sampah, aku akan sapu keseluruhan bilik dari bawah katil, meja belajar dan ruang almari roommates aku. Aku tidak boleh sekadar menyapu ruangan aku kerana habuk dan rambut bersifat ringan dan terbang. Ucapan yang aku sering dengar daripada roommates aku, 'Terima kasih tolong. Awak baiklah,'. 'Baguslah bilik kita nak dibandingkan bilik yang lain. Bilik kita kasut disusun elok dan tak semak.' Allah sahaja tahu bertapa terbakarnya dalaman aku kerana aku juga pelajar yang ada komitmen di luar seperti kelab dan lain-lain. Tipulah sekiranya kata tidak penat. Tapi aku bersyukur, aku ada dua orang roommates yang turut mengambil tanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik. Diorang biasanya akan cuci tandas, sapu sampah dan buang sampah. Salah seorang mereka, sudah menekankan untuk menyusun kasut selaim selipar di dalam almari kasut. Kasut selain selipar di atas lantai, dia akan sepak keluar. Aku bersyukur ada sahabat seperti dia, seorang yang tegas walaupun lidahnya agak tajam.
Aku tak mengharapkan lebih daripada roomates aku, sekadar perasaan 'tanggungjawab' hadir dalam diri mereka. Aku juga berharap aku boleh bersabar & tidak 'burn out' untuk semester yang mendatang. Ya Allah cekalkanlah hati hamba-Mu ini.
Comments
Post a Comment