Posts

Semoga hilang

 Saat aku tulis ini, aku di tahun 2 dan sem 4. A lot of things changes. Getting busier than usual due to kerja dakwah dan tarbiyah and competition. Harini aku outing dengan family. Family aku datang KL. Parents aku buat decision melawat uncle aku on my father's side yang dalam fasa sembuh serangan jantung. And at the same time, esoknya ada kenduri my cousin on my mom's side. Dalam perjalanan ke rumah uncle aku di Pahang, suddenly mak aku sebut, tahu tak 'dia' dah nak kahwin? Aku tergamam di belakang. Baru dua hari lepas tak silap aku, roommates aku bangkitkan isu crush aku. Aku cakaplah, tak ada keperluan nak meluah, kalau 'dia' masih single, masuk jelah meminang. Tetiba, harini mak aku sahkan. Mak aku sebut lagi dengan ******. Mak aku sebut la cane boleh si****** berkenan. Aku teka nama ****** full name. Mak aku cakap ya. 'Dia' tu dahla final year degree, terkejut la juga aku. Mungkin tiba masa, 'dia' fasa ada perasaan nak mendirikan rumah tangg...

HARI PRESENTATION

 2/1/2025 Hari ni kumpulan aku perlu lakukan presentation utk PBL 1(Project Based Learning) Emulator 8086. Sejujurnya gabra yang teramat sebabnya 2 hari sebelum patutnya kitaorg dah buat presentation. End up tak sempat. Pensyarah tangguh ke kelas  kemudian. Sewaktu sesi Hari Selasa, kitaorang diasingkan di kelas lain daripada melihat kumpulan lain sedang melakukan pembentangan. Risau, takut dan segala macam sebabnya pensyarah kitaorang dah gelak sakan setiap kumpulan yang melakukan pembentangan. Aku tanya kelas A akan berapa lama presentation. Diaorang jawab around 15 min dgn En A. Aku harap begitulah juga. Sayangnya,  tidak seperti yang digambarkan kerana yang akan menilai adalah En A & Dr S memandangkan kitaorang gabung kelas. End up masa pembentangan setiap kumpulan mengambil masa 30 minit.  Tibalah saat kumpulan aku melakukan pembentangan. Sekiranya ada kemusykilan, pensyarah auto akan tanya. Sampailah satu saat, Dr S tanya pada kawan aku Dee "Apa maksud low ...

Bersih

Kini, 2 tahun sudah aku melangkah masuk ke dunia IPT. Sungguh, dunia ini bukanlah tempat berehat. Dunia ini hanya persinggahan sementara. Aku sekadar mampu berdoa agar Allah beri aku kesabaran dan kekuatan untuk aku berhadapan dengan manusia 'roommates'. Di kampus aku, bilik asrama kebiasaannya berlima ataupun berlapan. Ramai bukan? Tetapi aku baik sahaja dek terbiasa duduk beramai-ramai di satu bilik. Zaman sekolah menengah, satu dorm memuatkan 20 orang katil double decker. Terbiasa sempit. Tetapi kami ada peraturan bilik yang mampu menyenangkan banyak pihak.  Saat di kampus, Allah sahaja tahu bagaimana aku menghadapi setahun bersama roommates yang tiada common sense & selfish. Tahun kedua lagi mencabar kerana aku menetap di bilik yang dihuni tujuh orang. Bertambah keluasan, bertambahlah tanggungjawab. Aku tidak pernah tinggikan suara dengan roommates aku. Aku cuba jaga ukhwah walaupun kadang aku banyak memendam rasa. Roommates aku semuanya segak dan bersiap. Sekiranya mah...

Cinta

Aku rasa tertarik untuk berkongsi akan topik ini. Baru-baru ni, aku termasuk ke laman sosial tik tok Ustaz Hanan Attaki. Tetiba muncul beberapa podcast ustaz tentang ini. Dan aku dengar sampai habis. Dua kisah yang menarik. Kisah bagaimana Rasulullah itu meraikan perasaan cinta yang ada pada manusia.  Ustaz sebut tentang orang Islam itu dia meninggalkan perkara yang tidak berfaedah baginya. Namun begitu, kita boleh lihat dari kisah di bawah akan bagaimana Rasulullah turut bersimpati dengan orang yang ada perasaan 'cinta'. “عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ :”مِنْ حُسْنِ إسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ”. (حديث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا) Daripada Abu Hurairah Radhiallahu‘anhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam: “Di antara keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya. (Hadits hasan diriwayatka oleh Tirmizi dan lainnya) Pada zaman Rasulullah, ada seorang sahabat, nama Mughits dan ...

PENGENALAN

 Assalamualaikum & hi! Kenap blog? Sebab aku rasa aku boleh kongsi perasaan & rasa hati aku sebagai manusia biasa. Lebih tepat, anonymous. Makin dewasa, aku tahu tak semua orang mampu faham perasaan kita & gelora jiwa kita. Zaman sekolah menengah aku, Alhamdulillah aku ada suasana yang 'aku syukur', aku boleh berkongsi rasa, tetapi tidak bila aku sudah menapak keluar. Orang kenal aku sebagai seorang pendiam. Sejujurnya, aku banyak memendam rasa. Orang cakap, aku baik. Aku pun manusia. Ada sisi yang aku lemah, tapi aku cuba jadi terbaik. Bukan untuk impress orang, tapi untuk Sang Pencipta.  Stay tuned!